Sunday, September 11, 2011

#9 love makes me blind

Betul kata orang. Cinta itu buta.

Bukan. Cinta tu buatkan aku buta.

Aku buta sebab cinta.

Teringat lagi malam tu.

 “ He went out with a girl.”

Ayat pertama aku bila Dalia jawab phone malam Liz bagitau pasal Syakir.

“ What the ffffffffffffish???” Dalia cursed.

Aku cerita semuanya kat Dalia.

“ Esok kalau kau jumpa mamat tu. Kau bagi dia makan penampar siam okay?” Sounds main-main but suara Dalia serius.

“ I think we should talk.” Aku bagi idea.

“ Talk?” Suara Dalia macam choking.

“ Gunakan kekerasan takkan dapat jawapan okay?”

“ Jangan cakap macam kau tengah berlakon iklan anti-keganasan.  Reni! Messages kau pun dia tak balas. Dia nak cakap dengan kau?”

“ Habis?”

“ Reni. Dia date dengan perempuan lain. Open your mind. Jangan jadi bodoh.”

 Diam. Mata berair. Masuk habuk. Konon.

Honestly I need Mira. Dalia’s too harsh. Or aku tak nak mengaku apa yang Dalia cakap tu?

Aku nak tanya pendapat teman-teman rapat kat Kolej M. But dekat nak exam macam ni aku malas kacau diorang.

Or aku malu? Boyfriend dating dengan orang lain?

Maybe Mira could help.

Aku text jugak Mira. Aku tak harap dia balas message aku.

‘ Reni love. Sorry tak balas messages kau sebelum ni. Masa tak mengizinkan.’

Maksud Mira? Mungkin antara dia dengan hubby kot.

‘ Reni, just go on with what you want to do. Kalau kau rasa kau patut bercakap dengan dia, go on la. Maybe itu yang terbaik.’

Tu je dalam message Mira. And dia letak smiley. J Helpful?

Lepas lama berfikir, aku text Syakir.

‘ Sayang, we need to talk.’

Terasa bodoh pulak panggil sayang. Menggatal belakang aku still panggil sayang? Buta.

Last-last aku padam perkataan sayang.

Message pending. Rasa macam lava gunung berapi nak meletup dah.

Pejam mata dan terus tidur.

Sampai kuliah pagi tu semua orang riuh rendah. Afiq nampak pucat dan resah. Bila aku tanya apa yang diorang tengah sembang, semua balik tempat duduk masing-masing.

Pelik. Aku tengok Afiq.

“ Reni. Baru sekarang kau datang.”

Dahi berkerut. Kening Ziana Zain.

“ Kau dah tahu Syakir masuk hospital?”

Sumpah terkejut. Istighfar. “ Bila?”

“ Hari Sabtu lepas. Aku pun baru tahu hari ni.”

“Teruk?”

“ Agak ar. Patah kaki. Tangan retak ke apa tah. Luka kat badan and muka.”

“ Accident?”

Afiq menggeleng. “Kena belasah.”

Belasah? “By whom?”

“ Aku tak tahu.”

Aku jadi anxious. Macam nak marah kat Afiq pon ada. “ Habis mana kau tahu?” Suara aku agak tinggi.

“ Parent dia datang semalam. Ambik barang apa tah kat hostel. Roommate aku la yang bagitau. Aku kan balik rumah. Pagi ni baru sampai. Ada emergency.”

Aku tak dapat dengar ayat last Afiq. Rasa nak menangis. Tiba-tiba rasa bersalah yang amat sangat. Mungkin sebab tu messages semua pending?

Macam mana kalau dating tu semua tak betul? Aku yang emo. Aku yang jealous. Aku pessimis.

Sejak tu lah aku sedar. Cinta dah butakan aku.






Saturday, September 3, 2011

#8 when it starts to rain

Two months of ‘SyakiReni’. Two months full of love and laugh.

And after two months, everything’s going just fine.

The night he waited in front of the library had made my day. He waited there with a big smile on his face, showing his dimples and his face pink. A face I missed a lot.

“ Sorry for the letter. Badly put.”

“ It’s okay. Asalkan faham.” Aku tersenyum malu.

Nothing much happened that night. Walked along the way to the hostel. Speechless. Diam.

And that was the night we became boyfriend and girlfriend.

Aku share perasaan aku dengan Dalia. Aku text Mira jugak. But she didn’t reply. I don’t know what happened to her since she’s married. Busy perhaps dengan suami.

Dalam dua bulan ni, bertambah pengetahuan aku tentang Syakir. Yang baik dan yang buruk.

“ Wah, panas betul lah. “ Sampai saja di library dia mengomel. Aku yang sedang duduk tersenyum.

It’s drought season. Dah lama tak hujan. So library adalah salah satu port yang sejuk.

Duduk saja, dia terus kipas dengan tangan.

“ Cuba duduk diam-diam. Kejap lagi sejuk la tu.” Balas aku.

Aku pandang keliling. Ada dua tiga couple yang tengah study. Yang lain in group atau sorang-sorang.

Tiba-tiba mataku tersangkut pada satu couple yang tidak jauh daripada aku. Selang 2 3 meja ke depan.

“ Ew, tengok tu.” Aku bisik ke arah Syakir. Dia tercari-cari mulanya. Namun akhirnya bola matanya berhenti juga.

“ Ala, biasala tu. Nama pun couple.” Jawab Syakir ringkas.

Aku terdiam. Apa yang biasanya?

“ They do it in public. “ Aku tengok si lelaki dah teraba-raba. Yang perempuan control senyum.

“ So?” Syakir tak pandang wajah aku. Dia terus selak buku dia. “ Are you saying that they should go get a room then? Out of people’s sight?”

“ Haram lah pegang-pegang macam tu.” Aku bisik lagi. Kali ni aku malas nak tengok. Sebaliknya cuba concentrate buat tutorial.

Syakir tersenyum. “ Kalau nak kira haram, couple ni pun haram. “

“ Are you saying that once dah buat benda haram, teruskan buat benda haram? Macam tu?”


“ I’m just saying that we should mind our own business darling. Let them be.”

Jawapan Syakir buatkan aku terus diam. Couple tadi dah hilang entah ke mana.

“ Will you do that to me?”

“ Do what?” Syakir tanya lagi. Dia betul-betul concentrate buat kerja dia. Physics.

“ Apa yang diorang buat?”

Syakir mengeluh. Dia pandang muka aku. “ Are you having PMS?”

“ Nak jawab ke tidak?” Aku tak jawab soalan dia.

“ Yes.” Syakir pandang balik tutorial dia.

“ Yes to nak jawab ke tak, or yes awak nak buat macam apa diorang buat?”

“ Yes, I’ll do what they did.”

Aku terkejut. Syakir begitu berterus terang.

“Why?”

“ Sebab you are my girlfriend. And we love each other. “

“ So you are saying that I’m yours, that you can do what you like. Macam tu?”

Syakir tersengih. “ No. I’m saying that we understand each other well. And we can do what we like. If you don’t want to be like the other couple, then tak apalah. Kita macam ni jelah. Study. Jalan-jalan ronda kolej. Texting. Macam tu je. Couple is about what both of us want to and like to do. Kalau one of us tak suka, then tak apalah. “

“ Are you bored of.... us?” aku tanya lagi.

Syakir buat muka serius. “ Reni sayang. Can we drop this topic? Saya ada kuiz physics esok and I need to study. You are just having your PMS. Tu yang you banyak tanya pasal hal ni. Tak ada apa-apa okay. I love you and I know you love me too.”

Aku diam terus. Tak tanya lagi dah. Berfikir tentang loving each other. Is it enough?

And, aku baru period minggu lepas.

Minggu tu jugak aku rasa dia makin jauh daripada aku. Setiap hari bila dah habis kuliah dia text, katanya tak dapat nak jalan balik sesama.

Hari tu hari Selasa. Aku habiskan masa kat library petang tu walaupun kuliah habis awal. Dalam pukul lima aku tunggu depan library, in case terjumpa Syakir. Dia mesti lalu situ.

Five minutes later, he walked across the library. Not alone. Dia tak perasan aku. Seronok ketawa dengan perempuan tu agaknya.

“ Petang semalam nampak awak lintas library.” Aku tanya pagi tu, on the way nak pergi kuliah.

Dia tak pandang aku. “ Hmm?”

“ Who’s that girl?”

“ Budak kuliah. Kenapa?” jawabnya selamba. But his eyes...

“ Tak adalah. Saja tanya.”

That’s when he told me that he’s going away for the weekend.

Syakir balik kampung.Kenduri katanya. Kebetulan hari Jumaat dah cuti, so petang Khamis dia dah tak ada. Aku duduk je dalam bilik petang tu. Malas nak keluar.

“ Err, Reni.”

Aku yang tengah study Bio angkat kepala. It’s my roomie, Liz.

“ Aku nak tanya kau ni.” Liz cakap bisik-bisik.

“ Hmm... Kenapa?” Aku buat muka selamba, but jantung aku laju.

“ Kau dengan Syakir, budak fizik tu... Erm... Korang couple kan?”

Aku diam sebentar. Then, mengangguk. Buat apa nak sorok kan?

Muka Liz nampak bersalah. I just can feel that she’s going to tell me something bad.

“ Aku tak nak campur urusan korang. But sebagai roommate kau,rasanya elok aku bagitau.”

“ Apa dia, Liz?”

“ Syakir. Dia date dengan budak kuliah aku.”

Aku diam. Terus buat-buat senyum. “ Mana kau tahu, Liz?”

“ Aku dengar dia cakap dengan kawan-kawan dia. “

Aku diam lagi.

“ Sorrylah Reni. Aku tak ada niat nak tipu kau ke apa. If I’m wrong, aku mintak maaf. But aku bagitau apa yang aku tahu dan nampak.”

“ Kau pernah nampak?”

“ Diorang selalu jalan balik sekali lepas kuliah,”

Aku lupa. Liz budak fizikal jugak.

Aku cuba buat selamba. “ Tak apalah Liz. Thanks bagitau.”

Sepanjang tiga hari Syakir tak text aku langsung. Aku text dia, tak delivered. Kampung dia tu hutan ke?

Pagi Isnin aku tertunggu-tunggu. Mungkin Syakir text or call aku. Tapi kosong.

Aku keluar ke kuliah agak lewat. Sampai je semua orang dah riuh.

“ Hai korang. Sembang apa ni?” Aku cuba ceriakan diri. Walaupun risau pasal Syakir.

Diorang tengok aku and terus balik tempat duduk. Aku pandang Afiq. Muka pucat.

Petang hari tu jugak hujan turun lepas dua bulan panas...