Thursday, August 11, 2011

#3 what bff means

Syakir texted aku almost everyday dalam dua minggu tu.


Sampailah esok tu nak SPM. Dia wish good luck kat aku and again, dia mintak maaf. Aku rasa bersalah pulak buat dia macam tu. Pagi sebelum first paper tu aku type message untuk dia.


‘ Good luck untuk awak jugak. Maaf. Tapi saya harap awak faham. Saya tak layan lelaki yang buat bunyi tikus kat perempuan.’


Bunyi macam budak-budak kan? Tapi tulah yang aku harap sangat dia faham.


Dan dia tak text aku lagi dah lepas tu.


5 bulan selepas SPM aku dapat tawaran ke Kolej M. Dalia masuk UiVM and Mira pulak kahwin seminggu sebelum aku ke Kolej M. Keputusan drastik yang aku tak pernah expect Mira buat.


Pilihan keluarga.


“ Her mom yang nak sangat dia kahwin awal-awal ni,” kata Dalia sambil makan jajan time dalam kereta on the way ke kampung Mira.


“ Takkan dia setuju je?”


“ Aku dengar gak yang dia against permintaan mak dia tu. Ayah dia marah. Ayah dia kata Mira tak faham. And yep memang Mira tak faham,”


“ And aku pun tak faham. Kenapa?”


Dalia cakap mcm berbisik sedangkan dalam kereta tu cuma kami dua orang je. “ Hubby Mira tu anak tauke apa tah. Kaya. And her father’s company dah nak bangkrap kot. Mira is the only daughter. You get the idea.”


Aku terdiam. Sampai macam tu sekali. “ Takkan tak dak cara lain?”


Dalia menjungkitkan bahu. “ Dia menangis setiap malam kat aku weh. Time tu kau buat part time. Dia tak nak kawin dengan mamat tu. “


“ Habis pelajaran dia?”


Dalia diam je.


“ I seriously don’t know. But please Reni.” Muka Dalia serius. “ Don’t ever say that you’re sorry for her.”


“ Kenapa?”


“ You’ll see.”


Aku terfikir apa yang Dalia cakapkan tu.


Kami sampai agak awal. Saudara mara Mira dah ramai dan masing-masing tengah sibuk. Setelah bersalaman dgn mak and ayah Mira kami terus ke bilik Mira.
Mira’s condition is not like what I’ve expected.


She greeted us with a big smile on her face. And seriously dia sangat cantik berpakaian pengantin.


We hugged each other.


“ Mira, you look pretty.” Aku puji ikhlas.


“ Tau tak aku rindu kau sangat-sangat. “ Mira buat muka marah. Then, kami ketawa. Imbau kembali kenangan lima tahun di sekolah menengah.


Mungkin Mira pura-pura happy. Tak. Dia memang happy. Muka dia berseri-seri. Aku tak berani tanya pasal pengantin lelaki. Aku takut dia sedih.


Tiba-tiba Dalia keluar bilik. Ada call from someone. Tinggal aku dan Mira je kat situ.


“ Reni.” Mira pegang tangan aku. “ Kau dah tahu cerita kan? Dalia mesti dah bagitau?”


Aku gelabah sedikit.


“ Mira, terus terang dengan aku. How do you feel right now?” Aku cakap dalam nada perlahan.


Mira mengeluh sambil tersenyum tawar. “ Maybe korang ingat my father’s guilty dalam hal ni. Tapi percayalah. Aku dah fikir masak-masak and aku rasa inilah takdir perjalanan hidup aku.”


Aku diam dan mendengar je.


“ Aku takut sebenarnya. Aku takut aku tak mampu nak jadi isteri yang baik muda-muda macam ni.


Exactly family kitorang dah kenal lama. Bila company abah aku ada masalah kewangan, family diorang tolong. Abah aku tak tahu macam mana nak balas jasa diorang. Then abah aku dapat tahu yang Nazri ni dah lama sukakan aku. Aku terkejut time tu.


Abah mula cakap nak kahwinkan aku dengan Nazri. Mulanya aku tak nak. Aku takut. Aku dahla tak kenal sapa dia. Macam mana perangai dia. So, one day Nazri ajak jumpa. “


“Nazri?”


“ Yep, my hubby. Aku ingat dia ni jenis sosial bagai. But I’m wrong you know. Dia sebenarnya seorang yang sangat baik. Sangat caring. Dia tanya aku betul ke aku nak kawin dengan dia. Dia cakap tak apa kalau dia tak nak kawin dengan aku. He can help my father. Aku cakap dengan dia, kenapa perkahwinan ni perlu ada? Maybe abah aku rasa terhutang budi, and because Nazri ni syok kat aku.”


Mira ketawa kecil. Aku senyum je.


“ That’s why you agreed?”


Mira menggeleng. “ Kau pernah dengar jatuh cinta pandang pertama?”


Mulut aku melopong. “ No way!”


Mira ketawa. “ Betul! Aku jugak yang cakap kat korang love at first sight never exists. Last-last aku yang kena. Aku rasa selesa dengan Nazri, rasa secure dengan dia. Orang cakap kita boleh rasa jodoh kita sendiri. Tak tahulah kan. But I felt that.”


“ But... Dalia?”


“ Ala, kau kenal Dalia. Dia kan sceptical. I don’t blame her for that. Dia boleh fikir apa yang dia nak. But dia selalu support aku. So that’s make me love you guys just the same. “


“ Aww.. Mira,” Mata aku dah bergenang. “ If you’re happy, kami semua happy for you.”


Aku tengok Mira pun dah semacam je. “ Jangan buat aku menangis okay! Make up ni mahal tau tak!” Mira tampar paha aku.


“ Eh, korang kenapa? Kutuk aku eh?” Dalia tiba-tiba muncul. Aku cepat-cepat buat muka selamba.


Kami sembang lagi. Gosip. Teasing Mira. Jerit ‘ Selamat Pengantin Baru’ kat dia.


Almost a day kami kat kampung Mira. Aku sempat jumpa husband dia. He’s friendly. And handsome too. Padan dengan Mira.


“ Kau teka umur laki dia berapa?” Dalia bisik dengan aku.


“ Probably 25?”


“ 30 okay!”


Aku pandang dengan mata besar. Dalia mengangguk. 12 tahun beza.


Bila dah nak balik kami berpelukan lama gila. Masing-masing dah tak mampu nak tahan air hujan dah. Masing-masing dah tak boleh nak bercakap. Teruk betul menangis.


“ We’re gonna miss you, darl.” Dalia kata kat Mira.


Balik tu aku tersedar. Betapa kitaran hidup ni sangat unik. Masing-masing ada takdirnya sendiri. Berpisah dan bertemu itu normal. Macam lagu Teman by the Lion Story,


Semoga kita dapat bertemu semula. Kerna aku yakin engkau kan sentiasa di hatiku. :)

1 comment:

  1. nice entry,, ^_^ bff tu pd popoi kwn yg ada msa kita ssah,, ehehe

    ReplyDelete