Friday, August 12, 2011

#4 the first meeting

A big day for me.


Hari ni hari pendaftaran kat Kolej M. Bila aku sampai je kena beratur panjang bukan main. Depan aku ni sorang perempuan yang dari tadi asyik usha handphone and perbetulkan selendang dia. Masa dia tertoleh kat aku, aku senyum dekat dia. Dia jeling balik. Sabar jelah kat situ.


Aku check balik dokumen-dokumen semua, takut tak lengkap.


“ Eh, Reni kan?”


Aku terkejut bila ada suara lelaki yang tegur aku dari belakang. Aku cepat toleh.


Kening terangkat. What??!!


“ Hai. Tak sangka jumpa awak kat sini,” Mamat tu tersenyum. “ Ingat saya lagi?”


He wears a sea blue long sleeve shirt yang dilipat sampai separuh, exposing his muscular arm. A blue black tie. A black pants and nice shiny shoes. His hair obviously lain daripada yang aku jumpa dia lima bulan lepas. Rambut pendek tapi smart.


“ Syakir.” Aku sebut nama dia sambil tersenyum. Seriously aku tak pernah expect nak jumpa dia kat sini.


Dia tersengih sambil garu tengkuk dia. Is he blushing?


“ Lama tak jumpa kan?”


“ Hmm... After that silly message...”


“ Eh, tak adalah. Kalau bukan sebab message tu, saya tak ada kat sini rasanya,”


Line semakin beranjak ke depan. We’re moving.


“ So...” Serentak.


“ Awak dulu,” Dia memberi laluan untuk bercakap kat aku.


Macam mana nak cakap eh? Aku tarik nafas dalam-dalam.“ Saya mintak maaf,”


“ Sebab?”


“ Erm... Semuanya sekali. Kinda rude to you. Sorry.”


Dia senyum sambil tunduk. “ It’s okay. “


Baru aku perasan dia ada dimples on both cheeks.


“ Pelajar lelaki sila beratur kat sini,” Ada akak pakai tudung labuh dengan vest beri arahan. Semua pelajar lelaki bergerak ke arah akak tu.


“ Erm, jumpa lagi nanti,” Syakir senyum kat aku.


Aku senyum balik and lambai kat dia.


Minggu orientasi was torturing. Slept at 2 a.m. and woke up at 4 a.m. Entah kenapa bila ditanya fungsi minggu orientasi ni, macam-macam jawapannya. Nak bina jati diri la, nak bagi kuat semangat la, students nowadays lembik dan manja, etc. , etc. Tapi bagi aku minggu orientasi lebih kepada minggu membalas dendam terhadap junior.


“ Akak, kaki saya melecet. Boleh tak saya berehat sekejap?” Aku terdengar ada sorang student perempuan tanya kat akak pakai vest.


“ Alah, melecet je. Tak patah lagi kan?”


Whoa. Jawapan yang sangat menikam kalbu. Aku berani jamin yang student tu mesti dok menyumpah seranah dalam hati. While that akak terus sembang gelak-gelak dengan kawan dia.


“ Kita dulu lagi la teruk. Tak ada nak complain pun,” Ada abang pakai vest jugak menyampuk.


See. Itulah yang aku maksudkan membalas dendam. Macam nak bagi rasa apa yang diorang dah rasa dulu. Sumpah tipu abang tu tak pernah menyumpah seranah dalam hati. Entah-entah balik bilik tumbuk bantal je sebab geram. :P


At last, weekend pun tiba. Petang jumaat tu ramai dah yang nak balik, especially yang rumah dekat.


“ Hang tak balik, Reni?” Roomie aku tanya.


Aku menggeleng. “ Kau tak pe ar. Rumah dekat je.”


“ Kalau nak apa-apa pesan la kay?”


Tinggal dua orang je dalam bilik. Aku and budak negeri K. Seriously dia ni macam dah biasa hidup sorang-sorang. Tak banyak cakap. Tidur je banyak.


Esok pagi lepas solat Subuh tidur balik. Serius letih dan mengantuk gila. Aku bangun pukul 10 pagi. Then sedar ada message. Almost an hour ago.


Baru je nak reply ada orang call. Unknown number. Budak praktikum aku kot.


“ Hello?”


“ Reni.” Lelaki. Tiba-tiba dia tergelak.


“ Hmm. Siapa ni?”


“ Syakir la. Baru bangun tidur eh?”


Aku termalu. “ Kenapa call?”


“ Tak de. Ingat nak ajak Reni breakfast or brunch ke,”


Dengan Syakir? Hmmm... “ Erm, boleh jugak. Tapi kena tunggu kejaplah. “


“Boleh je. How about 10.30?”


“10.30 sounds fine.” Aku setuju. “ Kat mana?”


“ Reni tinggal kat blok mana?”


“ Blok C.”


“ Kalau macam tu saya tunggu depan blok C lah. Okay. See ya,”


Aku tekan button merah.


35 minutes later aku turun and tengok Syakir dah terjegat bawah pokok.


“ Kita nak makan kafe mana ni?” soal aku.


“ Erm... Makan Kafe dekat blok A. Nak?”


Aku ikut je.


Tak ada banyak yang dibualkan sepanjang jalan. Masing-masing diam je. Tak tahu nak cakap apa.


“ Berapa kak?” Aku pegang purse. Nak keluarkan duit.


“ Eh, tak apa la Reni. Biar saya yang bayar,”


Belum sempat aku larang dia dah bayarkan. Aku senyum je and cakap terima kasih.


Kami ambik tempat yang agak tepi sedikit. Dekat dengan kipas kata Syakir. Depan sikit ada a few seniors yang tak balik lagi melepak kat situ.


“ Wah, baru seminggu kat sini ada yang dah couple eh?” aku dengar akak dia orang bergosip. Aku buat-buat tak dengar. Aku buat muka menyampah.


“ Kenapa?”


Aku menggeleng. “ Tak de. Akak tu...”


“ Biarlah dia. Jealous kot. Benda dah betul...” Syakir sengih.


Aku diam je. Pura-pura tak dengar ayat akhir.


Kalau betul macam mana?







No comments:

Post a Comment